SAH YAYASAN BANK RAKYAT JADI RAKAN KERJASAMA
DAN PENAJA KASIH 5!
ECOSYSTEM DISCOVERY JOURNEY MODULE PROMO by UKM EcoVolunteers Club
http://www.youtube.com/watch?v=u9B2IAfJxe8Yayasan Bank Rakyat ditubuhkan setelah Perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat yang bersidang pada 11 Jun 2005 di PWTC, Kuala Lumpur bersetuju dengan usul supaya Bank Rakyat menubuhkan sebuah Tabung Pendidikan. Lanjutan dari kajian terhadap usul tersebut, satu keputusan telah dicapai di mana Bank Rakyat perlu mewujudkan sebuah Yayasan yang berfungsi sebagai sebuah entiti yang berasingan daripada operasi Bank Rakyat.
Permohonan
penubuhan Yayasan ini telah dimajukan kepada pihak Kementerian
Pembangunan Usahawan & Koperasi dan Kementerian Kewangan .
Kementerian ini telah bersetuju secara bersama dengan cadangan penubuhan
sebuah Yayasan. Pada 1 Ogos 2006, Bank Rakyat telah menerima kelulusan
dari Bank Negara Malaysia bagi penubuhan Yayasan dan pada 18 Ogos tahun
yang sama Kementerian Kewangan telah meluluskan penggunaan perkataan
"Bank" untuk nama Yayasan Bank Rakyat.
Setelah
melalui pelbagai proses penubuhannya, Yayasan Bank Rakyat telah secara
rasminya didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952
[Akta 258] dengan nombor pendaftaran PPAB-06/2007 pada 16 Mei 2007. Yayasan
Bank Rakyat telah dilancarkan pada 5 April 2008 sempena majlis
perasmian Mesyuarat Agung Bank Rakyat oleh Y.A.B Menteri Pembangunan
Usahawan & Koperasi Datuk Noh Omar di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Yayasan telah memulakan operasinya pada 1 Oktober 2008.
Pengisian dana Yayasan diperolehi
menerusi sumbangan sebanyak RM10.00 daripada jumlah dividen yang
diperolehi oleh setiap anggota Bank Rakyat (individu dan koperasi) yang
layak pada setiap tahun.
- Yayasan Bank Rakyat
Tingkat 08, Menara Berkembar Bank Rakyat
-
No.33, Jalan Travers, 50470, Kuala Lumpur
-
Malaysia
- yayasan@bankrakyat.com.my
- +6 03-2612 9600
- +6 03-2612 9555
http://www.yayasanbankrakyat.com.my/
Visi
Berusaha untuk mempertingkatkan taraf
pendidikan rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama dan
keturunan serta berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi
bidang ilmu dan pendidikan disamping menggalakkan sikap tolong menolong
dikalangan rakyat Malaysia.
Misi
- Menerima dan mentadbir dana yang disumbangkan oleh anggota masyarakat dan badan-badan korporat dengan bijaksana bagi memastikan kekukuhannya.
- Memberi peluang yang adil dan saksama kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.
- Mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, memiliki sosio-ekonomi yang teguh dan berjasa kepada bangsa dan negara.
- Menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan negara.
Objektif
- Membina dan meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia konsisten dengan Polisi Pendidikan Nasional dan Akta Pendidikan 1961 dari masa kesemasa tanpa prejudis kepada matlamat utama penubuhan Yayasan untuk memberi biasiswa dan pembiayaan kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA / IPTS.
- Menjaga dan menguruskan perihal urusan pemberian biasiswa atau pembiayaan pinjaman kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan dan yang telah diterima masuk atau yang sedang mengikuti kursus bagi peringkat sarjana atau ijazah sarjana lanjutan yang difikirkan oleh Yayasan layak menerima biasiswa atau pinjaman bagi tujuan pengajian mereka di IPTA / IPTS.
- Menyedia dan menguruskan bantuan pendidikan berbentuk biasiswa atau pembiayaan / pinjaman (termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup) kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira agama, keturunan dan yang berkelayakan serta sedang menuntut di IPTA / IPTS atau mana-mana institusi pendidikan di dalam negeri yang akan diputuskan dari masa ke semasa.
- Menyediakan perkhidmatan mengurus, mentadbir dan memungut bayaran pembiayaan / pinjaman yang diberikan.
- Memberikan bantuan kepada semua rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan umumnya yang kurang upaya dan tidak berkemampuan dari segi kewangan.
- Memberi sumbangan amal kepada mana-mana individu, badan-badan atau pertubuhan sebagai menjalankan tanggungjawab sosial yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Matlamat
Matlamat utama penubuhan Yayasan Bank
Rakyat ialah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat
warganegara Malaysia, anggota dan anak-anak anggota yang berkelayakan
yang telah mendapat dan menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke
IPTA / IPTS di dalam negeri.
No comments:
Post a Comment