Tahukah Anda?
PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT
ini adalah anjuran Kelab Sukan Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan
utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama
pelajar baru untuk mengikuti program ini dan bergiat aktif di dalam program basikal serta
pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dan masyarakat selain
menaikan lagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat global. Selain
itu, pelajar dapat meneroka dan membuat sedikit kajian mengenai konsep
pengurusan yang mesra alam. Dengan itu pelbagai maklumat, pengetahuan, dan
cetusan idea dapat diperoleh dalam penambahbaikan sistem yang kita gunakan pada
hari ini khususnya dalam kelestarian alam sekitar dan budaya berbasikal. Melalui program ini juga,
banyak kemahiran yang dapat dikuasai oleh para pelajar seperti:
-
Kemahiran Sosial dan
Kebertanggungjawaban
-
Kemahiran Komunikasi
-
Kemahiran Pengurusan
Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
-
Kemahiran Menunjukkan
Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
-
Kemahiran Pemikiran
Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik
-
Kemahiran Kepimpinan dan
Kerja Berpasukan
-
Kemahiran Pengurusan dan
Keusahawanan
-
Kemahiran Kreatif dan
Inovatif
Bagi pihak penaja, ini merupakan
platform terbaik untuk memperkenalkan syarikat mereka kepada para pelajar dan
pihak atasan universiti. Jaringan kerjasama yang dibina pastinya mampu
mempromosikan syarikat ini yang diharap menjadi suatu permulaan untuk membina
kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. Selain itu, ini menunjukkan
sokongan pihak penaja dalam melahirkan pelajar yang holistik dan berkemahiran
sebagai generasi muda negara.
No comments:
Post a Comment